Tumpuan :
Sukan

Martin dikejarkan ke hospital selepas kemalangan di Sepang

Tangkap layar video. FOTO: motogp / Instagram

SEPANG: Pelumba Aprilia, Jorge Martin dikejarkan ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan pada hari pertama ujian pramusim MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

Juara dunia berusia 27 tahun itu mengadu mengalami kesakitan di kaki kiri dan tangan kanan akibat kemalangan di selekoh dua.

Martin telah melengkapkan 13 pusingan sebelum hilang kawalan dan terjatuh bersama jentera baharunya.

Dilaporkan, kaki kiri Martin terhentak kuat, sementara kepalanya terkena permukaan litar, menyebabkan bendera merah dikibarkan bagi menghentikan sesi sementara.

Susulan insiden itu, Martin segera dibawa ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini