![](https://media.buletintv3.my/2025/02/Marcelo.jpg)
LONDON: Bekas pertahanan Brazil dan Real Madrid, Marcelo mengumumkan persaraan daripada bola sepak, hari ini.
Marcelo, 36, beraksi bersama Real dari 2007 hingga 2022 dan meninggalkan kelab Sepanyol itu dengan 25 trofi, termasuk lima gelaran Liga Juara-Juara dan enam La Liga, dua Copa del Rey, lima Piala Super Sepanyol, empat Piala Dunia Kelab dan tiga Piala Super Eropah.
Dia juga membuat 58 penampilan buat Brazil, menang Piala Konfederasi pada 2013 selain pingat perak pada Sukan Olimpik 2012 dan gangsa Sukan Olimpik Beijing 2008.
“Perjalanan saya sebagai pemain tamat di sini, tapi masih banyak yang saya boleh berikan kepada bola sepak. Terima kasih untuk semuanya,” katanya menerusi video di Instagram. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.