Tumpuan :
Sukan

Manchester City tundukkan Brentford

FOTO: Reuters

MANCHESTER: Manchester City menewaskan Brentford 2-1 di laman sendiri, hari ini untuk mengekalkan permulaan sempurna mereka di Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Erling Haaland menjaringkan dua gol.

Brentford memulakan permainan dengan sempurna apabila Yoane Wissa membuka jaringan hanya 22 saat selepas sepak mula sekali gus mengejutkan Stadium Etihad.

Namun, Haaland menyamakan kedudukan pada minit ke-19 apabila dia menjaringkan gol dari sudut sukar.

Haaland kemudian menjadikan kedudukan 2-1 selepas penyerang Norway itu menewaskan pertahanan, Ethan Pinnock dan merembat bola melepasi penjaga gol, Mark Flekken untuk gol kesembilannya musim ini.

Ketika Haaland mencari gol ketiga yang bakal menjadikannya pemain pertama menjaringkan hatrik dalam tiga perlawanan Liga Perdana berturut-turut, Flekken menafikan beberapa cubaan berbahaya penjaring terbanyak liga itu.

Namun City berjaya bertahan sehingga tamat perlawanan sekali gus meraih tiga mata penuh. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini