comscore
Tumpuan :
Sukan

Man United hitung nasib jumpa Chelsea esok

Pengurus Manchester United, Erik ten Hag. FOTO: Reuters

MANCHESTER: Selepas meraih satu mata menentang Brentford dengan keputusan 1-1 di arena lawan minggu lalu, Manchester United sekali lagi menghitung nasib dalam kunjungan ke Stamford Bridge berdepan Chelsea pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi esok.

Berkongsi situasi semasa pasukannya, pengurus, Erik ten Hag mengesahkan, dua pertahanan tengah, Victor Lindelof dan Lisandro Martinez tidak ikut serta akibat kecederaan.

Cuma melegakan ten Hag, dua lagi bentengnya, Jonny Evans dan Raphael Varane kembali menjalani latihan.

Harry Maguire juga sedia diturunkan di mana pemain England itu menggantikan Varane selepas rehat, pada perlawanan di Gtech Community Stadium, Sabtu lalu.

“Tiada lagi masalah, barisan tengah dan jentera serangan kami okay, kami ada pilihan.

“Cuma posisi pertahanan, kami memiliki pilihan yang terhad, yang bagusnya Varane, Evans dan Maguire sudah kembali menjalani latihan,” kata ten Hag.

Masih berada dalam senarai kecederaan ialah Luke Shaw, Tyrell Malacia dan Anthony Martial.

ten Hag juga lega Amad Diallo yang menjaringkan gol kemenangan 4-3 pada pertemuan suku akhir Piala FA menentang Liverpool 17 Mac lalu, kembali daripada penggantungan.

United dan Liverpool akan bertembung lagi pada aksi EPL Ahad ini, dalam perlawanan yang sememangnya menjadi tumpuan.

Liverpool memburu kemenangan untuk meraih kejuaraan liga, manakala United bergelut untuk berada di kedudukan empat teratas memburu slot ke Eropah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini