Tumpuan :
Sukan

Man United cari ‘bahagia’ yang hilang di Malaysia

Kelibat Rashford boleh disaksikan peminat negara di Stadium Nasional Bukit Jalil. FOTO: Reuters

KUALA LUMPUR: Penyokong bola sepak tempatan berpeluang menyaksikan kelibat pemain bintang seperti Marcus Rashford, Alejandro Garnacho dan Casemiro apabila pasukan Manchester United kemungkinan mengadakan perlawanan persahabatan di negara ini pada pertengahan tahun depan.

Walaupun tiada pengumuman rasmi dibuat setakat ini, namun menurut sumber pasukan yang kini berada di tangga kedudukan ke-11 Liga Perdana Inggeris (EPL) akan terbang ke Malaysia bagi mengharungi perlawanan itu.

Difahamkan, lawan bagi pasukan dipimpin ketua jurulatih baharu Ruben Amorim bukanlah dari negara ini namun membabitkan satu lagi kelab yang turut beraksi di EPL.

“Penyokong bola sepak tanah air khususnya peminat Manchester United berpeluang melihat pemain pasukan itu beraksi secara lebih dekat pada tahun depan.

“Mengikut jadual, kemungkinan perlawanan itu bakal berlangsung pada Mei tahun depan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sekarang ini hanya menunggu kelulusan daripada Kementerian Pelancongan bagi mengadakan perlawanan persahabatan itu di negara ini,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Mengikut rekod, pasukan yang digelar ‘Red Devils’ itu bukanlah asing di bumi Malaysia apabila sudah lima kali mengadakan perlawanan persahabatan di negara ini.

Sebelum ini, Manchester United pernah berkunjung ke negara ini pada 1991, 1995, 2001 dan 2009.

Pada perlawanan 2009 menyaksikan Manchester United menentang Malaysia dengan keputusan memihak kelab itu 2-0.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini