comscore
Tumpuan :
Sukan

Man City ungguli carta EPL

Pemain City, Julian Alvarez meraikan jaringannya menerusi sepakan penalti. -FOTO: Reuters

LONDON: Manchester City mengekalkan momentum kemenangan musim ini apabila membenam Fulham, 4-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Craven Cottage, malam tadi.

Tiga mata yang diraih anak buah Pep Guardiola membolehkan Manchester City mengumpul 85 mata sekaligus memintas pendahulu Arsenal dengan kelebihan dua mata selepas kedua-dua pasukan mengharungi 36 perlawanan.

Arsenal kendalian Mikel Arteta berpeluang memintas semula Manchester City, sekiranya menang ke atas Manchester United di Stadium Old Trafford malam ini.

Gol City dalam perlawanan itu dijaringkan Josko Gvardiol (m-13, m-71), Phil Foden (m-59), sebelum pemain gantian, Julian Alvarez menoktahkan tiga mata pasukan pelawat hasil sepakan penalti minit ke-96.

Manchester City selepas ini akan berkunjung ke London berdepan Tottenham Hotspur pada Rabu, sebelum menutup kempen dengan melayan West Ham United di Etihad, 19 Mei. – AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini