![](https://media.buletintv3.my/2023/11/IpwcI5Ah-BULETIN-TV3-26.jpg)
KUALA LUMPUR: Malaysia mengakhiri cabaran Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia (Wanita) 2023 di Ranchi, India di tangga kelima selepas menewaskan Thailand.
Gol tunggal menerusi Nurmaizatul Hanim Syafi Sheik Fuad susulan pukulan sudut penalti pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Marang Gomke Jaipal Singh, sudah memadai buat Malaysia mengesahkan kemenangan kedua pada saingan kali ini.
Pada perlawanan peringkat kumpulan, Malaysia turut mengalahkan Thailand dengan keputusan 2-0.
Secara keseluruhan, selepas enam perlawanan, Malaysia menang dua kali, seri sekali dan tewas tiga.
Skuad bimbingan Mohamed Nasihin Nubil Ibrahim itu tewas kepada Jepun (0-3), India (0-5) dan (0-4) di tangan juara Sukan Asia, China, bagaimanapun mencipta kejutan seri 1-1 menentang pemenang perak Sukan Asia, Korea Selatan.
Malaysia turut mendudukki tempat ke-5 pada Sukan Asia Hangzhou 2023.
Bagi Mohamed Nasihin, pemain melakukan yang terbaik dengan mencatat dua kemenangan ke atas Thailand.