
Oleh Hazreen Mubarak
PHNOM PENH: Kontinjen Malaysia di Sukan Sea Kemboja 2023 memulakan hari pertama saingan rasmi temasya dengan memenangi dua pingat gangsa, sebentar tadi.
Pingat gangsa pertama negara dimenangi Yoong Wei Theng dalam acara larian berhalangan individu lelaki manakala pingat gangsa kedua disumbangkan Wan Athirah Hidayah Ahmad Fuzli dalam acara larian halangan individu wanita.
Wei Theng mencatat masa 28.8 saat untuk mengetepikan wakil tuan rumah, Ol Saoheng pada aksi yang berlangsung di Parkir Pusat Konvensyen Chroy Changvar.
MALAYSIA RAIH PINGAT PERTAMA DI #SUKANSEA2023.
William Yoong Wei Theng rangkul pingat gangsa acara larian berhalangan lelaki individu menewaskan wakil tuan rumah.#SEAGames2023 @BuletinTV3 pic.twitter.com/vYOYZZAEbg
— Hazreen Mubarak (@mhazreenNewsMPB) May 6, 2023
Dia selepas ini akan mengalihkan fokusnya bagi memburu emas bersama Mohd Redha Rozlan, Nur Hafis Said Alwi, dan Ghalib Mohamad Azimi dalam saingan final berganti-ganti lelaki esok.
Wan Athirah Hidayah pula memenangi pingat gangsa biarpun tewas kepada atlet Indonesia, Anggun Yolanda Samsul Hadi.
Wan Athirah Hidayah mencatat 41.724 saat, sementara Anggun Yolanda merekodkan 39.598 saat.
Pingat emas menjadi milik atlet Filipina, Precious Satarin Cabuya yang menewaskan rakan senegaranya, Kaizan Cipriano Dela Serna dengan catatan 32.732 saat.