comscore
Tumpuan :
Sukan

Malaysia intai dua kejuaraan di Masters Oleans

Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin. – FOTO: Ihsan BAM

PETALING JAYA: Harapan untuk melihat Malaysia merangkul kejuaraan pada saingan Badminton Masters Oleans di Perancis terus dinyalakan dua beregu yang akan beraksi di separuh akhir malam ini.

Beregu campuran Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin akan berdepan pasangan China, Cheng Xing – Zhang Chi.

Pada aksi suku akhir semalam, Pang Ron-Su Yin menepati ramalan selaku pilihan ke-7 apabila mengalahkan pasangan Taiwan, Chen Cheng Kuan-Hsu Yin Hui 21-18-21-11.

Choong Hon Jian-Haikal Nazri. – FOTO: Ihsan BAM

Manakala beregu lelaki Choong Hon Jian-Haikal Nazri yang tampil pilihan ke-4 akan menentang pilihan ke-7 Andreas Sondergaard – Jesper Toft dari Denmark pada satu lagi saingan separuh akhir.

Hon Jian-Haikal mara selepas mengenepikan gandingan China, Huang Di-Liu Yi  21-9, 21-18 di separuh akhir lewat malam tadi

Masters Oleans adalah siri jelajah dunia BWF Super 300 yang menawarkan wang tunai keseluruhan USD 210,000.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini