comscore
Tumpuan :
Sukan

Malaysia hampiri sasaran 27 pingat

HANGZHOU: Berbaki empat hari pertandingan, Kontinjen Malaysia hanya memerlukan 6 pingat sahaja  lagi pingat untuk mencapai sasaran 27 pingat  pada temasya Sukan Asia ke-19.

Mengikuti perkembangan semasa atlet yang sedang bersaing dalam beberapa acara, tidak mustahil sasaran itu mampu direalisasikan.

Antara prospeknya  menerusi sukan Skuasy, Badminton dan Karate.

Ia juga mengambil kira beberapa  pingat gangsa secara automatik akan dimenangi bersama andainya peserta yang memasukki separuh akhir tewas kepada lawan masing-masing.

Congakan itu juga jelas dengan temasya yang memasukki hari ke sepuluh hari ini yang membabitkan beberapa  atlet negara sekiranya mereka mampu ke acara akhir,  antaranya sukan terjun.

Tumpuan hari ini  juga, pasti  terarah kepada acara olahraga menyaksikan kuartet pecut negara beraksi pada pusingan akhir di Stadium Olimpik Hangzhou, iaitu 4×100 meter lelaki dan wanita.

Foto: NSTP

Paling dinantikan acara 4×100 meter lelaki yang bakal dibarisi Khairul Hafiz Jantan, Muhammad Arsyad Md Saat, Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan Jonathan Nyepa.

Malaysia mara ke pusingan akhir apabila  merekodkan masa 39.40 saat, yang keempat terpantas daripada lapan negara yang bersaing malam ini.

Di gelanggang badminton pula, kekalahan mengejut  acara berpasukan lelaki mahu segera dilupakan dan mereka apabila meniti cabaran pusinngan kedua hari ini.

Antara yang menjadi tumpuan, pertemuan perseorangan lelaki Ng Tze Yong menentang bekas juara dunia dari Singapura Loh Kean Yew yang dijadual berlangsung di Gimnasium Binjiang jam 3.20 petang ini.

Selepas kegagalan skuad hoki lelaki mara ke separuh akhir, antara punca utamanya tewas  3-4 di  Korea Selatan sebelum seri 4-4 menentang China semalam, mampukah skuad wanita menebus kekecewaan itu.

Foto: NSTP

Ironinya pasukan wanita Malaysia dijadual menentang Korea Selatan di Gonshu Canal Sports Park Stadium dalam aksi terakhir Kumpulan A, dan menggalas misi mesti menang untuk melayakkan diri ke separuh akhir.

Memasukki hari ke-10 hari ini, Malaysia berada di tangga ke-15 dengan mengumpul 3 emas, 4 perak dan 14 gangsa.

Cuma kilauan pingat gangsa sedikit menceriakan kontingen negara semalam menerusi permainan Dota2 yang terdiri daripada Chan Kok Hong, Cheng Jin Xiang, Thiay Jun Wen, Ng Wei Poong dan Yap Jian Wei,  selepas menewaskan Kyrgyzstan 2-0 di Pusat E-Sukan Hangzhou.

Kepada atlet negara, ayuh teruskan perjuangan anda !

Loading...
Terkini