Tumpuan :
Sukan

“Macam mana nak ke Olimpik kalau kalah dengan China” – Nor Saiful Zaini

Nor Zaiful Zaini Nasiruddin (bekas pemain hoki kebangsaan)

PETALING JAYA: Perjuangan skuad hoki negara untuk memburu tiket ke Sukan Olimpik Paris tahun ini berakhir di Muscat, Oman lewat malam tadi, selepas gagal mara ke separuh akhir Kumpulan A.

Memang sesuatu yang mengecewakan apatah lagi skuad hoki kebangsaan memang mendapat ‘keistimewaan’ baik daripada Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara untuk melakukan persiapaan dan  merealisasikan impian ke Sukan Olimpik selepas kemarau 24 tahun.

Tidak terkecuali yang terasa hampa dengan kegagalan skuad bimbingan Arul Selvaraj itu, legenda hoki negara, Nor Saiful Zaini Nasiruddin.

Tanpa berselindung  Nor Saiful, bekas ketua pasukan skuad hoki kebangsaan yang pernah beraksi pada tiga Sukan Olimpik  itu,  merumuskan Malaysia sememangnya tidak layak untuk beraksi di Sukan Olimpik dengan barisan pemain yang ada sekarang.

Pertemuan Malaysia menentang Pakistan pada perlawanan terakhir Kumpulan A di Muscat, Oman menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 3-3.- Foto ihsan MHC

Apatah lagi petanda kegagalan Malaysia jelas terserlah apabila membuka aksi kempen kelayakan  dengan kekalahan 2-3 di tangan China.

“Kalau kita nak pergi ke Olimpik, takkan kita nak kalah dengan China, China kita tau dia takkan boleh qualify ke Olimpik, itu satu. kalau kita kalah kepada China, kita dah tahulah, itulah kekuatan kita so macam mana nak pergi ke Olimpik kalau kita kalah dengan China,’ kata Nor Saiful kepada TV3 petang tadi.

Pada perlawanan kedua, seperti dijangka Malaysia gagal menandingi Great Britain dan tewas 1-4.

“And  then bila kita main dengan Pakistan sekali lagi tapi kalau dilihat betul-betul game dengan Pakisatan tu kita boleh menang, kita boleh menang game tu dan Pakistan bukan la macam Pakistan yang dulu they are not that strong la compare dengan India ataupun Great Britain yang kita rasa tak boleh menang and then kalau kita draw, and then bila kita diberi peluang untuk menang, kita draw, diberi peluang untuk menang kita kalah, macam mana kita nak pergi Olimpik ?,” Nor Zaiful melontarkan persoalan itu selepas Malaysa seri 3-3 menentang Pakistan pada aksi terakhir kumpulan.

Pada aksi menentang Pakistan, tiga kali Malaysia mendahului lawan, namun gagal mengekalkan kelebihan itu.

Sekaligus  menutup terus peluang Malaysia ke Paris selepas kegagalan melayakkan diri ke separuh akhir dan paling mengecewakan mendudukki tangga tercorot kumpulan.

Malaysia sekadar mampu beraksi pada perlawanan klasifikasi 5 hingga 8 menentang Chile malam esok.

Cuma tiga pasukan pada kempen kelayakan di Muscat ditawarkan tiket ke Sukan Olimpik Paris.

Loading...
Terkini