comscore
Tumpuan :
Sukan

Luqman ledak gol sulung, bantu Njardvik mara ke pusingan seterusnya Piala Icelandic

FOTO: NJARDVIK FC/ Facebook

KUALA LUMPUR: Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin berjaya meledak satu gol untuk membantu Njardvik FC menewaskan KFA 4-1 dalam aksi pusingan ketiga Piala Icelandic, semalam.

Kejayaan itu menyaksikan skuad bimbingan Bjarni Johannsson dan Holmar Orn Runarsson mara ke pusingan seterusnya.

Gol itu hadir pada penghujung babak kedua selepas Luqman masuk menggantikan Sigurjon Mar Markusson, pada minit ke-75.

Apa yang menarik, ini jaringan pertama pemain berusia 21 tahun itu dalam aksi kompetetif bersama pasukan baharunya.

Sebelum ini, bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu menjaringkan beberapa gol dalam aksi persahabatan.

Luqman bersama Njardvik FC secara pinjaman sehingga akhir musim ini selepas mencapai kesepakatan dengan kelabnya di Belgium, KV Kortrijk.

Loading...
Terkini