Tumpuan :
Sukan

Lumba Basikal Lebuh Raya : Afi Danial lebar dominasi UPNM di peringkat dua LTDIPT

Foto:  LE TOUR de IPT 2023 /Facebook

DURIAN TUNGGAL: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengekalkan kecemerlangan pada hari kedua saingan Le Tour de IPT (LTDIPT) 2023 yang berlangsung di Melaka hari ini.

Perlumbaan membabitkan acara kriterium itu menyaksikan pelumbanya Mohamad Afi Danial Ramli Abu Bakar muncul pemenang selain membolot tiga jersi iaitu masing-masing jersi hijau raja pecut, jersi putih sebagai pelumba terbaik bawah 21 tahun dan jersi kuning pendahulu keseluruhan.

Rakan sepasukan Ahmad Irfan Abdul Hamid menambah penguasaan UPNM dengan satu lagi jersi polka dot selaku raja bukit.

Dalam perlumbaan sejauh 56 kilometer (km) mengelilingi Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), Melaka itu, Afi Danial melakukan catatan 2 jam 32 minit 44 saat (s).

Foto:  LE TOUR de IPT 2023 /Facebook

Ia merupakan kemenangan kedua peringkat berturut-turut selepas menjuarai perlumbaan pembuka tirai sejauh 97.2 km dari Segamat, Johor ke Durian Tunggal, Melaka.

“Ini juga persediaan saya untuk laluan yang seterusnya, saya cuba bertenang, cuba bawak rakan sepasukan saya yang boleh menaiki bukit untuk, dan cuba selesa supaya tiada cabaran untuk yang mahu merampas jersi polka dot untuk esok,” jawab Afi Danial.

Pelumba berusia 20 tahun itu turut menjelaskan mereka mahu mempertahankan kedudukan pendahulu dan raja bukit pada peringkat pendakian esok seterusnya peringkat terkahir di Putrajaya Selasa ini.

Loading...
Terkini