Oleh: Al Shaiful Nazib Talib
BUTTERWORTH: Detik cemas disaksikan di penghujung perlumbaan Le Tour De Langkawi Peringkat Dua hari ini apabila terjadinya kemalangan besar.
Ketika itu, peloton sedang bertarung untuk melakukan henjutan terakhir berbaki kurang 150 meter (m) daripada garisan penamat.
Seorang pelumba pasukan kebangsaan Malaysia yang kelihatan berhimpit akhirnya terbabas ke bahagian penghadang sebelum dirempuh pelumba lain.
Situasi kelam kabut itu menyaksikan basikal beberapa pelumba terpelanting selain sekaligus menyebabkan ramai lagi terjatuh.
Ada yang berjaya bangun semula dan meneruskan kayuhan ke garisan penamat, manakala bantuan kecemasan serta rawatan segera diberikan kepada pelumba yang terbaring di jalan.
Antara yang mengalami kecederan pelumba Malaysia, Filipina dan juga Thailand.
Pertarungan sejauh 154.5 kilometer (km) dari Arau, Perlis ke Butterwoth, Pulau Pinang itu dimenangi oleh Matteo Malucelli dari JCL Team Ukyo.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa