Oleh: Al Shaiful Nazib Talib
BINTULU: Aspek logistik menjadi tumpuan utama sepanjang perlumbaan Le Tour de Langkawi 2024 (LTdL 2024) dan segalanya berjalan dengan lancar selepas perpindahan ke dua lokasi utama, Pulau Langkawi dan Sarawak berlangsung dengan baik.
“Kita berjaya melalui risiko terbesar yang kita janjikanlah, maksudnya risiko terbesar adalah dari segi ‘transfer’ yang kita buat tahun ini, kita ada dua perpindahan utama, satu di Langkawi satu lagi daripada Senai ke Miri.
“Kita semua sedar bila kita masuk ke Langkawi kesukaran utama adalah keluar daripada Langkawi dimana kita berjaya, dapat keluarkan orang dengan cepat pada masa ikut jadual walaupun sebenarnya agak sukar kerana ia bukar seperti perpindahan-perpindahan Langkawi dahulu, kerana keadaan laut dan sebagainya, feri pun ada jadual begitu ketat, kita lepas yang itu.
“Perpindahan kedua kita lihat penganjur telah menyediakan jadual perpindahan yang lengkap, kalau ikut jadual, kita semua berjaya keluar pada waktu yang ditetapkan”, kata Ketua Pegawai Operasi LTdL 2024, Emir Abdul Jalal.
Sementara itu, Emir turut memaklumkan, penganjur memiliki banyak pilihan bagi menentukan laluan edisi tahun hadapan.
“Kita masih lagi terbuka sebab kita dengar ada negeri yang berminat untuk menawarkan diri menjadi penaja macam Terengganu.
“Kita terbuka, kita juga masih mempunyai kontrak dengan Petronas, dan kemungkinan kita akan masuk juga ke Sarawak, benda-benda ni masih lagi dalam perbincangan, sejurus kita dapatkan pengesahan dari penaja, kita akan keluarkan kita punya senarai laluan.
“Cuma sekarang ini kita masih letakkan pilihan sebab bila kita memilih laluan ini, segalanya tentang ‘connection’, lepas tu kena fikir pendakian tu tetap kena ada, Cameron Highlands, Genting Highlands, kita tak mempunyai banyak lokasi pendakian besar”, tambah Emir.
Yang pasti penganjuran seterusnya tahun depan bakal menarik minat lebih banyak pasukan besar terutamanya pasukan yang berstatus ‘World Team’ memandangkan penghujung musim tahun depan akan berlaku pengiraan mata keseluruhan pasukan oleh pihak UCI.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.