comscore
Tumpuan :
Sukan

LTDL 2024: Elmi stabil, selesai jalani pembedahan pertama

Oleh: Al Shaiful Nazib Talib

TAIPING: Pelumba kebangsaan, Muhd Elmi Jumari sudah menjalani pembedahan di bahagian tangan kiri dengan keadaan semasanya stabil.

Selepas dipindahkan ke sebuah hospital swasta, pemeriksaan lanjut mendapati Elmi mengalami tiga bahagian patah, di bahagian tangan kiri, tangan kanan dan juga tulang bahu.

“Malam tadi dia dah selesai pembedahan, di bahagian yang patah, tapi mengikut perkembangan, doktor maklumkan ada tiga tempat mengalami patah iaitu jari kanan, jari kiri dan bahagian bahu.

“Malam tadi pembedahan dah selesai bahagian tangan kiri cuma hari ini baru boleh selesaikan bahagian bahu dan tangan kanan, tetapi nak buat di Butterworth juga atau di Kuala Lumpur, ada perbincangan balik dengan pihak hospital.

“Saya sempat jumpa dia tapi tak sempat nak bercakap pasal dia perlukan rehat, dia tidur malam pun cuma dapat buka mata, semasa dipindahkan daripada Hospital Seberang Jaya ke hospital swasta tu, dia ada maklumkan saya dia mohon maaf kepada saya tak dapt meneruskan perlumbaan”, kata jurulatih kebangsaan, Mohd Yusof Nasir.

Berikutan kemalangan yang berlaku pada 150m terakhir menuju ke penamat di Butterworh itu, Elmi di kenakan denda sebanyak CHF200 kerana di dapati bersalah memasuki laluan dan membahayakan pelumba lain.

“Saya secara personal dah berjumpa dengan ketua komisar dan saya dah tunjukkan video-video dan dia dah terangkan kepada saya, saya dah buat rayuan dan minta pengurangan tapi tak dapat dan denda itu kekal”, katanya lagi.

Ketiadaan Elmi bermakna pasukan kebangsaan meneruskan perlumbaan peringkat ketiga ini dengan hanya lima pelumba.

Dan Mohd Afiq Huznie Othman akan menggantikan Elmi menggalas tugas sebagai kapten pasukan.

Peringkat ketiga perlumbaan akan bermula di Taiping, Perek menuju ke penamat kategori hors di Cameron Highlands sejauh 170.3km.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini