comscore
Tumpuan :
Sukan

LTDL 2024: Elmi Jumari dikhuatiri patah jari, Malucelli ungguli peringkat kedua

Oleh: Al Shaiful Nazib Talib

BUTTERWORTH: Insiden kemalangan berbaki 150m terakhir yang berlaku membabitkan beberapa pelumba termasuklah pelumba Terengganu Cycling Team, (TSG), Muhd Nur Aiman Rosli.

Pelumba Nusantara, Muhammad Ridwan dan pelumba pasukan kebangsaan Filipina, Jan Paul Morales antara yang telah dikejarkan ke hospital.

Paling membimbangkan, keadaan pelumba kebangsaan, Muhd Elmi Jumari yang diberkemungkinan mengalami patah jari telunjuk kiri.

Bagaimanapun, belum ada pengesahan rasmi mengenai keadaan semasa Elmi.

Peringkat kedua perlumbaan dari Arau, Perlis ke Butterworth, Pulau Pinang sejauh 154.5km, menawarkan hanya tiga zon pecutan di Jitra (23.3km), Menara Alor Setar (41.3km) dan Sungai Petani (119.9km).

Sebaik melepasi zon neutral, beberapa percubaan untuk membuat ‘breakaway’ tidak menjadi.

Dan selepas 13km, barulah terbentuk kumpulan pendahulu membabitkan 7 pelumba diketuai pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Muhd Nur Aiman Rosli bersama rakan sepasukan, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki selain dua pelumba pasukan kebangsaan, Muhd Yusri Shaari dan Abdul Azim Aliyas.

Zon pecut satu di Jirta, pelumba HKSI Pro Cycling, Ng Pak Hang terpantas, disusuli Nur Aiman di tempat kedua dengan hanya enam pelumba meneruskan perlumbaan dalam kumpulan hadapan.

Memasuki zon pecut dua di Menara Alor Setar, giliran pelumba kebangsaan, Yusri Shaari terpantas, diikuti Aiman Rosli yang terus mengutip 8 saat masa bonus sebelum dia memperlahankan kayuhan untuk menyertai kumpulan peloton.

Hanya tiga pelumba berentap di kumpulan hadapan selepas dua pelumba termasuk pelumba kebangsaan, Yusri kembali menyertai peloton menuju ke zon pecut terakhir Sungai Petani.

Pak Hang sekali lagi mengutip mata utama, diikuti Azim dan Amirull masing-masing di kedudukan kedua dan ketiga.

Persaingan diteruskan Amirull sebelum disertai Luke Mudgway dan mereka ditangkap peloton besar berbaki 6km terakhir.

150m menuju penamat, insiden kemalangan berlaku, antara yang terperangkap termasuklah Aiman Rosli selain dua pelumba kebangsaan.

Matteo Malucelli

Persaingan bagaimanapun tetap berlaku sebelum pelumba JCL Team Ukyo, Matteo Malucelli dengan sedikit kelebihan ke atas pelumba Polti Kometa, Manuel Panelvar.

Terbaik dalam kalangan pelumba tempatan menerusi Muhd Harrif Saleh dari pasukan TSG.

Sementara rakan sepasukan, Aiman kekal dengan jersi putih terbaik Asia, begitu juga Tyler Tomkinson, Ara Skipp Capital dengan jersi Polka-dot dan Gleb Syritsa dari pasukan Astana Qazaqstan dengan jersi oren dan jersi hijau keseluruhan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini