Tumpuan :
Sukan

LTDL 2023: Zanoncello rampas jersi hijau, Aiman Rosli terbaik Asia

Jackson ungguli pemanat di Baling.

Oleh: Al Shaiful Nazib Talib

BALING: Pelumba Bolton Equities Black Spoke, George Jackson gah mengungguli penamat peringkat ketiga perlumbaan Le Tour De Langkawi bermula di Jeli, Kelantan menuju ke Baling, Kedah.

Empat zon bukit ditawarkan hari ini bermula di Jeli, diikuti pendakian kategori 1 di Puncak Titiwangsa selain di Seri Banding Dan Sungai Rui.

Sementara hanya dua zon pecut dipertandingkan hari ini, juga bermula di Jeli dan di Tasik Temenggor.

Sebaik melepasi zon neutral, enam pelumba berjaya membuat pecahan sebelum disertai tiga pelumba lain untuk membentuk kumpulan pendahulu.

Menuju zon bukit satu di Jeli, pelumba Tudor Pro Cycling, Simon Pellaud berjaya membuat henjutan dan mengutip mata penuh.

Dan strategi sama dilakukan Pellaud apabila dia gah mengungguli pendakian kategori satu di Puncak Titiwangsa.

Dia turut menguasai zon bukit ketiga di Seri Banding, sekaligus memyaksikan pelumba pasukan Tudor itu mengutip 20 mata.

Enam pelumba meneruskan persaingan selepas itu sebelum pelumba Terengganu Polygon, Jambaljamts Sainbayar menyertai pasukan pendahului.

Bagaimanapun, berbaki 8km terakhir, kesemua pelumba bergerak dalam satu kumpulan besar, menandakan henjutan beramai-ramai menuju penamat di Baling.

Dan pelumba Bolton Equities Black Spoke, George Jackson gah bergelar pemenang selepas muncul pelumba pertama melepasi garisan penamat.

“Memang sangat mengujakan, saya datang dari perlumbaan di Taihu, tetapi perasaan kemenangan itu terus dibawa dari Taihu, jadi sangat bagus dapat melakukannya”, kata Jackson selepas perlumbaan.

Jackson cukup ceria ketiga sesi penyampaian hadiah, diiringi pelumba Green Project Bardiani CSF, Enrico Zanoncello kedua manakala Carlos Canal Blanco ketiga.

Paling menarik, tiga jersi utama bertukar tangan dengan Zanoncello kini menyarung jersi hijau pendahulu keseluruhan, manakala Pellaud seperti dijangka menyarung jersi polka dot, manakala Arvid De Kleijn kekal dengan jersi oren raja pecut.

Jersi putih terbaik Asia pula menyaksikan kejutan berlaku selepas pelumba kebangsaan, Muhd Nur Aiman Rosli diangkat sebagai pemilik baharu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini