Tumpuan :
Sukan

[VIDEO] LTDL 2023: Carr juara keseluruhan, EF Education Easypost tepati ramalan pasukan pilihan

 

Oleh: Al Shaiful Nazib Talib

KUALA LUMPUR: Penamat di hadapan Menara Berkembar Petronas, KLCC memyaksikan pelumba Astana Qazaqstan, Gleb Syritsa ceria merakam kemenangan keduanya selepas turut mengungguli penamat di Kota Bharu, Kelantan sebelum ini.

Bagaimanapun, kedudukan pemegang jersi terus kekal dengan pelumba EF education Easypost, Simon Carr diumumkan selaku juara keseluruhan Le Tour De Langkawi edisi ke 2023.

Peringkat terakhir perlumbaan memulakan kayuhan di Setia Alam, Selangor menuju ke Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur sejauh 156.4km.

Tiga zon pecut ditawarkan di Kapar, Sungai Buloh dan Paya Jaras selain dua zon bukit di Puncak Alam dan Meru.

Melepasi jaraik 7.1km zon neutral, beberapa gerakan awal cuba dilakukan sebelum 23 pelumba berjaya membuat pecahan.

Namun segera ditangkap peloton besar dengan Xavier Isasa mengungguli zon bukit satu sebelum Polychronis Tzortzakis memenangi zon bukit dua di Meru.

Selepas itu, enam pelumba berjaya membuat pecahan dengan pelumba kebangsaan, Muhd Nur Aiman Rosli mengungguli zon pecut satu di Kapar diikuti Shaiful Adlan Shukri di zon pecut dua di Sungai Buloh.

Empat pelumba kemudiannya meneruskan persaingan melepasi zon pecut ketiga, mencipta jarak sehingga seminit dan 40 saat berbaki 20 kilometer terakhir.

Dan usaha keras dilakukan Simon Pellaud bersama Zijlaard menuju ke penamat di KLCC.

Namun, berbaki 4 kilometer terakhir,mereka ditangkap sebelum henjutan beramai-ramai berlangsung menyaksikan pelumba pasukan Astana Qazaqstan, Gleb Syritsa berjaya merakam kemenangan keduanya musim ini.

Sementara pasukan kebangsaan turut ceria menerusi penamat tempat kelima yang berjaya dilakar Muhd Izzat Hilmi Abdul Halil.

Apapun, tumpuan tetap terarah kepada pemenang-pemenang jersi utama dengan Vadim Pronskiy dari pasukan Astana Qazaqstan diumum pelumba terbaik Asia.

Terbaik tempatan adalah meneuris penampilan Muhd Nur Aiman Rosli yang mengakhiri saingan di tempat kelima Asia, kedudukan ke 30 untuk kategori keseluruhan.

Sementara Simon Pellaud dan Arvid De Kleijn masing-masing kekal dengan gelaran raja bukit dan raja pecut.

Pellaud menamatkan edisi perlumbaan kali ini dengan jumlah 32 mata, diikuti Simon Carr di tangga kedua dengan 20 mata.

Sementara De Kleijn pula cemerlang mengutip 72 mata keseluruhan selaku raja pecut LTDL 2023.

Dan pelumba EF Education Easypost, Simon Carr paling ceria bergelar juara keseluruhan LTDL 2023.

Dia merakam catatan masa keseluruhan 29 jam, 27 minit dan 41 saat, berkelebihan 49 saat berbanding rakan sepasukan, Alexander Jefferson Cepeda Ortiz di tempat kedua.

Kejayaan Carr juga turut diserikan lagi dengan gelaran pasukan terbaik EF Education Easypost yang diumumkan pemenang keseluruhan.

Terbaik Asia keseluruhan pula diraih pasukan yang berpengkalan di Thailand, Roojai Online Insurance.

Sementara skuad kebangsaan turut berbangga dengan posisi terakhir kelima terbaik dari 10 pasukan asia yang mengambil bahagian.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini