Oleh Al Shaiful Nazib Talib
KERTEH: Perlumbaan Le Tour De Langkawi edisi ke 2023 memulakan kayuhannya jam 11 pagi ini dengan Kerteh, Terengganu menjadi lokasi permulaan peringkat pertama.
Seramai 128 pelumba mengesahkan penyertaan hari ini selepas tiga pasukan, Giant Cycling hanya disertai 4 pelumba selain Hengxiang dan JCL Team UKYO masing-masing dengan 5 pelumba.
Peringkat pertama perlumbaan dari Kerteh hari ini akan berakhir di Kuala Terengganu sejauh 187.4km, membabitkan 3 zon pecut di Dungun, Ajil dan Tok Jamal selain dua zon bukit di Jerangau dan Sekayu.
Tumpuan peminat tempatan sudah pastinya terarah kepada dua pasukan iaitu Terengganu Polygon dan juga skuad kebangsaan Malaysia.
Dan paling dinanti, aksi pasukan-pasukan ‘World Tour’ iaitu Astana Qazaqstan dan juga EF Education Easypost selain 8 pasukan bertaraf ‘Pro Tour’.
Le Tour De Langkawi 2023 masih kekal dengan status perlumbaan “Pro-Series”, memasuki edisi ke 27 tahun ini.