Tumpuan :
Sukan

Lorong satu musnahkan impian Umar

Umar Osman atlet olaharaga kebangsaan

Oleh: Hasnida Hanim Ahmad Kamil

Chengdu, China: Di tempatkan di lorong satu menjadi pemusnah kepada pelari 400 meter negara Umar Osman untuk mencatat sejarah memenangi pingat pertama negara menerusi acara olahraga di Universiade Chengdu petang tadi.

Tumpuan kontinjen negara kepada Umar di Stadium Pusat Sukan Shuangliu terus bertukar simpati apabila melihat Umar berada pada lorong paling dalam di antara lapan peserta final.

Sebaik bermula Umar dilihat berdepan kesukaran untuk meluru ke hadapan dan sekadar sempat memintas pelari Jepun Kenki Imaizumi. Umar sekadar mencatat masa 46.41 saat untuk menduduki tempat ke tujuh.

Pingat emas acara ini dimenangi pelari Portugal Agostino Coelho secara ‘photo-finish’ dengan rekod baru Universiade 44.79 saat. Pingat perak milik Holder Reece Nathaniel dari Australia dengan catatan masa yang sama.

Loading...
Terkini