comscore
Tumpuan :
Sukan

Liverpool tewas, Klopp harap Arsenal dan City alami nasib sama

Klopp menenangkan pemainnya selepas tewas 0-2 di tangan musuh setempat Everton di Goodisan Park. – FOTO: Reuters

LIVERPOOL: Kesempatan untuk menyamakan kutipan mata dengan Arsenal di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL), gagal dimanfaatkan Liverpool apabila tewas 0-2 kepada Everton dalam aksi derby Merseyside di Goodison Park.

Pengurus Liverpool Juergen Klopp nyata kecewa  apabila ditanya situasi pasukannya kini.

“Saya tak tahu. Saya hanya boleh minta maf kepada penyokong hari ini. Sesiapa dengan kami tahu betapa sukar detik ini. Kami sepatutnya melakukan dengan lebih baik tetapi tidak.

“Kami hanya berharap Arsenal dan Manchester City berdepan detik buruk,” kata Klopp.

Jaringan Jarrad Branthwaite dan Dominic Calvert-Lewin dalam kemenangan 2-0  Everton pasti sukar dilupakan penyokong mereka kerana ia kemenangan pertama aksi derby Toffees di tempat sendiri dalam tempoh 13 tahun.

Skuad Klopp kini tiga mata di belakang Gunners (77) dengan baki empat perlawanan manakala juara bertahan Manchester City kekal pasukan pilihan hasil 73 mata tetapi berkelebihan dua perlawanan dalam tangan.

“Kami sangat kecewa dalam banyak perkara. Kami membiarkan keputusan dimahukan Everton. Dua gol daripada set-piece. Kami cipta banyak peluang tetapi gagal mendapatkan gol.

“Kami tidak cukup bagus, terburu-buru dan kami mengakuinya. Sudah tentu saya tidak menjangkakannya tetapi ia berlaku. Apabila anda menang, anda ada 500 alasan dan ketika tewas, ia tidak cukup bagus.

“Kami perlu bangkit dan melakukannya dengan lebih baik. Jika beraksi seperti hari ini, kami perlu lupakan sahaja gelaran liga,” kata Klopp.

Liverpool berkunjung ke West Ham United Sabtu ini dan mereka akan bertembung dengan Tottenham Hotspur, Aston Villa serta Wolverhampton Wanderers pada baki tiga perlawanan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini