
LONDON: Liverpool akan kehilangan empat pemain bagi aksi menentang Paris Saint-Germain (PSG) dalam saingan Liga Juara-Juara minggu ini.
Skuad kendalian Arne Slot akan bertandang ke Paris dan The Reds berharap dapat membawa pulang keputusan positif dalam perlawanan pertama peringkat 16 terakhir itu.
Dua pemain pertahanan, Joe Gomez dan Conor Bradle diketepikan pada masa ini.
Gomez mungkin terlepas sebahagian besar baki musim ini kerana masalah hamstring dengan dia sudah menjalani pembedahan.
Bradley pula akan tersisih selama beberapa minggu dan belum ada garis masa yang tepat mengenai tempoh pemulihannya daripada kecederaan otot.
Tyler Morton diketepikan kerana kecederaan bahu manakala pemain pertahanan muda, Amara Nallo yang mungkin tidak terbabit dengan aksi menentang PSG digantung kerana dibuang padang pada penampilan sulungnya sebelum ini.
“Adakah kami takut kepada PSG? Kami tidak takut sesiapa pun.
“Tetapi saya kagum dengan kualiti mereka. Mereka berada pada kedudukan yang sedang menaik, sama seperti kami pada masa ini.
“Namun, kami pasti menghormati mereka. Mereka memenangi begitu banyak perlawanan berturut-turut dan mempunyai begitu ramai pemain berkualiti,” kata Slot.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.