Tumpuan :
Sukan

Liverpool akan menang kejuaraan ke-20 – Neville

Gary Neville berkata Liverpool cukup berpengalaman untuk menangani baki saingan Liga Perdana Inggeris musim ini sekali gus bergelar juara. – Foto REUTERS

LONDON: Gary Neville menegaskan Liverpool akan memenangi kejuaraan liga ke-20 mereka musim ini sekali gus menyamai pencapaian Manchester United.

Liverpool mengatasi Manchester City 2-0 susulan jaringan Mohamed Salah dan Dominik Szoboszlai dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan Neville menganggapnya sebagai satu “kemenangan penentu.”

Keputusan itu menyaksikan anak buah Arne Slot melonjak 11 mata di depan pencabar terdekat mereka, Arsenal, sekalipun beraksi lebih satu perlawanan berbanding The Gunners.

Legenda United, Neville yakin Liverpool tidak akan merudum selain mengkritik Arsenal kerana “meraba-raba.”

Arsenal mengalami kekalahan 1-0 di laman sendiri kepada West Ham Sabtu lalu dan tanpa beberapa pemain tonggak kerana kecederaan, ketika mereka turut gagal memperkukuhkan skuad semasa jendela perpindahan Januari.

Bercakap kepada Sky Sports, Neville berkata: “Saya tidak lihat rasa berpuas hati (menjadi isu). Mereka mempunyai terlalu banyak pengalaman dan kelihatan menguasai. Mereka menyesuaikan diri dengan amat baik sepanjang musim. Kecederaan bukan satu-satunya perkara.

“Satu-satunya perkara yang boleh anda katakan pasukan di belakang anda menanti di sana buat anda… tetapi pasukan yang berada di belakang mereka tidak menanti mereka. Mereka asyik meraba-raba.

“Hujan yang anda lihat adalah air mata dari syurga Liverpool akan memenangi kejuaraan liga kali ke-20.

“Kadang-kadang ada perlawanan yang mana Liverpool mencicirkan mata dalam beberapa minggu terakhir, empat seri dalam lapan aksi, mereka memberi Arsenal peluang. Tetapi ada perlawanan yang anda fikir “buktikan, jadikan penentu” dan ini kelihatan satu daripada perlawanan itu.

“Mereka masuk tidur malam tadi dengan pemain Liverpool ini gembira mengenai hakikat Arsenal mencicirkan mata dan berfikir, ia bukannya datang percuma, tetapi “kami boleh menang kejuaraan di sini”.

“Mereka kelihatan amat berpengalaman dan bijak seperti yang sepatutnya dilakukan pasukan yang memenangi gelaran. Tidak panik.”

Liverpool berbaki 11 perlawanan dalam EPL musim ini, pertamanya menyaksikan mereka melayan kunjungan Newcastle awal pagi Khamis ini. – AGENSI

Loading...
Terkini