Tumpuan :
Sukan

Ling Ching ketepikan ‘mood’ raya

Foto ihsan BAM

KUALA LUMPUR: Pemain badminton perseorangan wanita, Wong Ling Ching kini fokus untuk menggalas cabaran negara menghadapi Kejohanan Berpasukan Asia (BATC) yang dijadual bermula Selasa ini.

Justeru pemain berusia 21 tahun kelahiran Miri, itu sanggup melupakan hasrat untuk bercuti sempena perayaan Tahun Baharu Cina semata-mata mahu memastikan persiapannya tidak terjejas.

Wing Ling hanya meluangkan masa semalam selepas menjalani latihan untuk bersama keluarga, sebelum bergegas ke Bukit Kiara pagi tadi untuk menyambung persiapannya.

“Saya rasa bagus, coach memang ada bertanya untuk saya bercuti sempena Tahun Baharu Cina, tetapi saya bagitau tidak perlu, saya menolak untuk bercuti,’ kata Ling Ching.

Ling Ching mengakui dia sudah terbiasa beraya perseorangan dengan komitmennya selaku pemain kebangsaan yang sering beraksi di luar negara,

“Bagi saya ini sesuatu yang normal, sebab setiap player pun kena ada persediaan untuk menghadapi pertandingan, so kali ini kejohanan di Malaysia, saya harap dapat melakukan persiapan terbaik untuk beraksi di kejohanan nanti,’ ujar Ling Ching yang kali pertama membawa cabaran Malaysia bagi Kejohanan Berpasukan Asia.

Saingan BATC 2024 membuka tirainya Selasa ini di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Selain Ling Ching, barisan perseoranga wanita turut diperkuatkan  Siti Nurshuhaini Azman, Goh Jin Wei dan K.Letshanaa dan Ling Ching.

Pemain beregu pula menampilkan gandingan Pearly Tan-M Thinaah, Go Pei Kee-Low Yeen Yuan dan Mei Xing-Tan Zhing Yi.

Skuad wanita negara yang menamatkan saingan edisi lepas di tempat ketiga, diundi dalam kumpulan Y bersama Thailand dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini