Tumpuan :
Sukan

Lima beregu campuran ke pusingan kedua

Cuma gandingan Chan Peng Soon-Cheah Yee See gagal melepasi pusingan pertama selepas mereka dikalahkan beregu Taiwan. – FOTO Facebook BAM

PETALING JAYA: Aksi cemerlang ditampilkan beregu campuran negara menyaksikan lima daripada enam pasangan yang beraksi berjaya melepasi pusingan pertama Kejohanan Badminton Masters Korea, hari ini.

Meskipun dimulakan dengan kekalahan yang dialami juara Masters Kuala Lumpur Chan Peng Soon-Cheah Yee See di tangan beregu Taiwan, Yang Po Hsuan – Hu Ling Fang, 11-21, 14-21, wakil negara yang turun selepas itu menunjukkan belang masing-masing.

Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei yang diletakkan pilihan keempat  mudah menundukkan beregu Taiwan,  Chen Zhi Ray – Yang Ching Tun 21-9 21-6.

Ia diikuti kemenangan Goh Soon Huat dan Shevon Lai, pilihan ke-5, ke atas pasangan Jepun, Hashiru Shimono – Miku Shigeta  21-8 21-12.

Menyusul kemudian gandingan Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin yang menang 23-21, 21-15  ke atas beregu Korea, Wang Chan – Shin Seung Chan.

Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing piihan ke-6, juga tidak berdepan masalah melepasi pusingan pertama mengalahkan pasangan Taiwan, Lu Chen-Cheng Yu Pei 21-15 21-10.

Melengkapkan kemaraan beregu campuran negara ke pusingan kedua, Yap Roy King dan Valeree Siow yang menundukkan lawan dari Taiwan,  Lee Jhe Huei – Hsu Ya Ching 21-14 21-10.

Yang pasti satu tempat ke suku akhir sudah dalam genggaman Malaysia apabila Chen Tang Jie – Toh Ee Wei dan Hoo Pang Ron – Cheng Su Yin akan bertemu sendiri pada pusingan kedua esok.

Loading...
Terkini