Tumpuan :
Sukan

Liga Super: Selangor FC terus saingi JDT

Ronnie Fernandez (No 9) menjaringkan gol pertama Selangor FC membantu kemenangan 4-0 pasukannya mengalahkan Kuching FC di Kelana Jaya. – FOTO: Selangor FC

KELANA JAYA: Selangor FC menewaskan Kuching FC 4-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini untuk terus memberi tekanan ke atas pendahulu Liga Super Johor Darul Ta’zim.

Sorakan padu penyokong di laman sendiri menyaksikan Selangor FC membuka jaringan seawal minit ke-11 hasil percubaan Ronnie Fernandez.

Jaringan Fernandez kekal sehingga tamat 45 minit pertama.

Selepas rehat Selangor yang dibimbing Nidzam Jamil menggandakan asakan memaksa Kuching FC banyak bertahan,

Namun benteng pelawat bolos lagi pada minit ke-67 kali ini menerusi sentuhan Ali Olwan.

Tujuh minit kemudian menyusul gol ketiga Selangor FC, kali ini hasil jaringan pemain Uzbekistan Umar Eshmurodov.

Alvin Fortes melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah apabila menyumbat gol keempat sepuluh minit sebelum perlawanan tamat.

Kemenangan ini membolehkan Selangor FC mengumpul 22 mata cuma dipisahkan tiga mata di belakang pendahulu liga JDT selepas beraksi 10 perlawanan.

Begitupun JDT masih memiliki satu perlawanan dalam tangan.

Manakala Kuching FC yang dikendalikan jurulatih dari Singapura  Aidil Sharin, tangga ke-4 dengan 14 mata.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini