comscore
Tumpuan :
Sukan

Liga Super: NS bawa ‘aura’ Temerloh ke Likas

Ketua jurulatih NSFC, Azzmi Ab Aziz – FOTO: Ihsan NSFC

PETALING JAYA: Selepas tewas tiga perlawanan berturut-turut pada saingan Liga Super, kemenangan sulung ke atas Sri Pahang FC 13 Julai lalu memang besar ertinya buat Negeri Sembilan FC.

Lebih mengujakan pasukan bimbingan Azzmi Aziz itu, kejayaan itu diraih di arena lawan.

“Ya, kemenangan sulung itu memang amat bermakna, sejujurnya kita tewas empat perlawanan sebelum ini termasuk satu aksi Piala FA, saya diberitahu kali terakhir kami  menang di Pahang pada 2003, memang kemenangan yang sangat berharga, kredit kepada pemain, kesebelasan utama, pemain simpanan dan pemain yang tiada dalam senarai, semuanya memberi sumbangan,” ujar Azzmi mengimbas kembali kemenangan di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh ketika dihubungi Buletin TV3.

Tambah Azzmi, semangat pemain diharapkan diteruskan pada aksi kelima musim ini menentang Sabah FC di Stadium Likas malam esok.

“Sabah very-very good side, dia orang sangat-sangat stabil dan kita tahu mereka dah tiga, empat tahun di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee, kita kena agresif,saya percaya dengan cara itu sahaja kita boleh mendapatkan keputusan yang baik”,

“Kita juga mesti mengelakkan kesilapan-kesilapan yang tidak sepatutnya sebagaimana yang kita lakukan pada beberapa perlawanan terdahulu.

“Saya harap pemain kekal fokus dan teruskan momentum kemenangan pertama kita agar kita dapat bermain dengan baik, better football untuk positif result di Likas nanti,” kata Azzmi.

Selain kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri, Sabah diakui Azzmi memiliki pemain impot dan tempatan yang berkualiti antaranya Saddil Ramdani, Stuart Wilkin, Darren Lok dan Khairul Fahmi Che Mat.

Bagaimanapun paling melegakan Azzmi pasukannya bebas daripada kecederaan dan tiada isu penggantungan pemain.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini