comscore
Tumpuan :
Sukan

LIGA SUPER: KL City ‘Raja’ Lembah Klang

Jovan Motika mengesahkan kemenangan 1-0  KL City menerusi jaringan minit ke-63. – FOTO: KL FC

KUALA LUMPUR: Dibelenggu isu tunggakan gaji, pemain KL City membuktikan sikap profesional mereka apabila menundukkan Selangor 1-0 pada ‘derby Lembah Klang’ di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Meskipun Selangor dilihat lebih menguasai permainan pada awal perlawanan, serangan balas KL City kerap juga mencemaskan pelawat antaranya menerusi Zhafri Yahya pada minit ke-14, yang berjaya diselamatkan penjaga gol, Samuel Somerville.

Selangor pula  buntu menghasilkan penyudah biarpun banyak melakukan asakan ke kubu lawan.

Percubaan terbaik Selangor hanya hadir pada minit ke-35 menerusi rembatan Alvin Fortes yang berjaya ditangkap kemas penjaga gol KL City, Azri Ghani.

Sehinggalah minit ke-63, KL CIty mengesahkan tiga mata hasil percubaan jarak dekat  pemain tengah Jovan Motika .

Kemenangan itu membolehkan KL City mendaki ke tangga keempat liga dengan mengumpul tujuh mata hasil dua kemenangan, satu seri dan tewas sekali.

Selangor pula akur kemenangan dalam tiga aksi terakhir liga lebur, skuad kendalian Nidzam Jamil itu kini ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini