Tumpuan :
Sukan

Liga Negara-Negara: Belanda benam Bosnia

XAVI Simons meraikan gol kelima Belanda bersama Wout Weghorst dan Donyell Malen. -Foto: Reuters

EINDHOVEN: Jurulatih Belanda, Ronald Koeman, pastinya gembira dengan permulaan positif pasukannya dalam kempen Liga Negara-Negara selepas menewaskan Bosnia 5-2 dan kini menantikan pertemuan menentang Jerman awal pagi Rabu ini.

Belanda mendahului 2-1 sebelum rehat tetapi membenarkan Bosnia menyumbat dua gol untuk menjadikan kedudukan 3-2, 15 minit sebelum tamat perlawanan namun berjaya menjaringkan dua gol lewat perlawanan dengan margin kemenangan yang meyakinkan.

Pasukan tuan rumah berjaya menyajikan perlawanan yang menarik di Philips Stadion.

“Kami bermain dengan sangat baik dalam penguasaan bola. Sangat segar, pantas, sering menghantar pemain ke kawasan lawan. Kami sememangnya lebih baik selepas rehat,” kata Koeman.

Namun ketika mendahului 3-1 mereka membiarkan pemain veteran Bosnia, Edin Dzeko mencuri satu lagi gol sebelum berjaya memastikan kemenangan pada perlawanan perlawanan.

“Apabila Bosnia menjadikan kedudukan 3-2, anda dapat melihat sedikit kekacauan dalam pasukan kami yang sebenarnya tidak perlu jika melihat keseluruhan perlawanan. Dua gol mereka datang entah dari mana,” kata Koeman.

Gol kedua Bosnia menyaksikan Dzeko berjaya melepasi pertahanan Matthijs de Ligt untuk menjaringkan gol dengan Koeman berkata, pemain itu pasti akan kritikan.

“Dia sendiri juga sedar bahawa dia berada dalam posisi yang salah. Ini tidak sepatutnya berlaku, tetapi kesilapan adalah sebahagian daripada bola sepak. Saya rasa tidak adil untuk menjadikannya isu besar,” kata jurulatih itu.

Belanda seterusnya akan berdepan Jerman, yang menewaskan Hungary 5-0 di Amsterdam pada hari awal pagi Rabu dalam perlawanan Liga A Kumpulan 3 yang seterusnya.

Loading...
Terkini