Tumpuan :
Sukan

Li Jane hadiahkan emas ketujuh negara 

FOTO: ABF Online / Facebook

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

BANGKOK: Malaysia memenangi satu lagi emas di hari terakhir Kejuaraan Asia ke-27 sebentar tadi menerusi acara Master Wanita.

Sin Li Jane menceriakan kem negara apabila mengatasi tentangan Jun Da Wun di perlawanan akhir Stepladder dengan catatan 246 jatuhan pin.

Atlet berusia 30 tahun beraksi tenang menangani cabaran lawan dari Korea Selatan itu dengan balingan sempurna di tiga percubaan terakhir sekaligus mencatat kelebihan tipis 3 mata sahaja.

Seorang lagi wakil, Natasha Mohd Roslan sebelum itu tewas kepada Da Wun dengan balingan 176 berbalas 248 untuk menyumbang gangsa.

Keseluruhannya skuad wanita membawa pulang tiga emas satu perak dan dua gangsa dari Bangkok kali ini selain turut membantu kontinjen Malaysia muncul juara keseluruhan menerusi tujuh emas, lima perak serta tiga gangsa berbaki acara akhir Master Lelaki.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini