PRESTON, United Kingdom: Jamie Vardy menjaringkan dua gol ketika Leicester menewaskan Preston 3-0 sekali gus mengesahkan gelaran Liga Kejuaraan.
The Foxes kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas QPR mengejutkan pesaing terdekat, Leeds 4-0 pada Jumaat.
Skuad kendalian Enzo Maresca memerlukan kemenangan di Deepdale untuk mengatasi Ipswich dengan satu perlawanan berbaki, dan ia disempurnakan oleh kapten berusia 37 tahun itu.
Vardy salah seorang daripada wira-wira Leicester yang memenangi Liga Perdana Inggeris pada tahun 2016, dan membantu kelab memenangi Piala FA pertama mereka tiga tahun lalu.
Vardy membuka jaringan pada minit ke-36 dan meledak gol ke-20nya musim di awal babak kedua sebelum Kasey McAteer mengesahkan kemenangan pada minit ke-67.
Selepas mengekalkan sebahagian besar daripada skuad yang tersingkir musim lalu, Leicester terdesak untuk pulang ke liga utama pada percubaan pertama.
Bulan lalu, mereka didakwa oleh Liga Perdana Inggeris kerana melanggar peraturan keuntungan dan kelestarian (PSR) selama tiga tahun di liga tertinggi.
Jika didapati bersalah, Leicester mungkin akan memulakan kempen liga dengan pemotongan mata. – AGENSI
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.