comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Lee Zii Jia kandas di suku akhir

Foto: BAM/ Facebook

HANGZHOU: Dua pingat gangsa yang diharapkan menerusi acara badminton, terlepas daripada genggaman kontinjen negara apabila perseorangan utama, Lee Zii Jia tewas pada saingan suku akhir sebentar tadi.

Zii Jia tewas kepada pemain India, H.S. Prannoy pada aksi sengit tiga set yang berlanjutan 78 minit.

Tewas set pertama 16-21, Zii Jia yang berada di kedudukan ke-16 dunia mengheret permainan ke set penentuan apabila bangkit 23-21 pada set kedua.

Foto: BAM/ Facebook

Set penentuan lebih mendebarkan, namun Zii Jia terpaksa akur sekadar bertahan di suku akhir, apabila Prannoy selaku pemain ke-7 dunia, menamatkan set berkenaan 22-20.

Terdahulu, kem badminton negara hampa apabila beregu campuran, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei turut terkandas di suku akhir.

Mereka tewas kepada pasangan tuan rumah, Zheng Si Wei dan Huang Ya Qiong 14-21, 21-23 dalam masa 44 minit.

Tiga lagi wakil negara, perseorangan lelaki, Ng Tze Yong, beregu wanita, Pearly Tan/M. Thinaah dan beregu lelaki, Aaron Chia/Soh Wooi Yik akan meneruskan cabaran negara di suku akhir petang ini.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini