comscore
Tumpuan :
Sukan

Olimpik Paris: Lebih 8.8 juta tiket terjual untuk Olimpik Paris

FOTO: NSTP

MOSCOW: Lebih daripada 8.8 juta tiket telah dijual untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2024 di Paris, kata Pengarah Sukan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Kit McConnell, lapor Sputnik.

“Lebih daripada 8.8 juta tiket terjual, yang merupakan jumlah yang luar biasa untuk temasya ini, paling banyak pernah terjual untuk acara sukan di Perancis,” kata McConnell kepada pemberita pada Sabtu.

McConnell juga berkata kira-kira 30,000 kakitangan daripada pelbagai perkhidmatan terlibat dalam memastikan keselamatan semasa acara itu berlangsung.

Rekod sebelumnya sebanyak 8.3 juta tiket terjual dicatatkan semasa Sukan Olimpik 1996 di Atlanta.

Sukan Olimpik Musim Panas 2024 akan diadakan dari 26 Julai hingga 11 Ogos depan, manakala Paralimpik akan berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 September depan.- BERNAMA-SPUTNIK

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini