PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya pastinya tidak ‘keseorangan’ melayan kunjungan Oman dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.
Sehingga jam empat petang tadi, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan sebanyak 22,254 tiket perlawanan telah dijual.
Angka itu dijangka akan meningkat sebelum sepak mula perlawanan yang dijadual berlangsung jam 10 malam ini.
Mengambil kira faktor perlawanan berlangsung pada Ramadan dan bermula lewat dengan esok pula hari bekerja, jumlah kehadiran penonton setakat ini memang sesuatu yang mengujakan.
Kehadiran ramai pemain ke-12 bakal menaikkan lagi moral pemain negara dalam usaha mereka untuk meraih kemenangan.
Tiga mata menjadi buruan Harimau Malaya untuk merampas kembali kedudukan tangga teratas Kumpulan ‘D’ sekaligus mencerahkan peluang melangkah ke pusingan seterusnya kempen kelayakan Piala Dunia.
Harimau Malaya ketika ini berada di tangga ketiga, berkongsi enam mata bersama Oman dan Kyrgyzstan yang menghuni kedudukan dua teratas, manakala Taiwan tercorot tanpa sebarang mata.
Selain aksi perlawanan, permukaan padang Stadium Nasional juga bakal menjadi perhatian seluruh peminat susulan keadaan padang itu yang dilaporkan tidak berada pada tahap terbaik.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Menteri kongsi gambar baharu SNBJ, bukti sedia untuk digunakan
- Pemain Harimau Malaya tenang hadapi Oman esok
- Hans Isaac jadi mangsa kemarahan netizen
- Oman bersedia beraksi di padang yang kurang memuaskan
- Bagus untuk satu mata, jika dapat tiga mata menakjubkan – Pan Gon
- Kualiti padang SNBJ jadi persoalan
- PSM jamin kualiti padang SNBJ, guna khidmat tenaga pakar hadapi konsert Ed Sheeran
- Stadium Nasional Bukit Jalil adalah ‘multipurpose’ – Hannah
- Isu padang SNBJ: KBS selesai pascanilai kerosakan – Hannah
- Giliran Ed Sheeran lanyak ‘SNBJ’