comscore
Tumpuan :
Sukan

Langkah Sze Fei-Izzuddin tersekat di pusingan pertama Terbuka Denmark

KUALA LUMPUR: Juara Terbuka Artik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka Denmark, hari ini.

Lebih mengejutkan, Sze Fei-Izzuddin yang diletakkan sebagai pilihan ketujuh kejohanan berstatus Super 750 BWF (Persekutuan Badminton Dunia) itu tewas dalam aksi straight set 13-21, 13-21 kepada pasangan bukan pilihan dari Thailand, Kedren Kittinupong-Puavaranukroh Dechapol.

Pada aksi yang berlangsung di Jyske Bank Arena, Odense itu, hanya 32 minit diperlukan Kittinupong-Dechapol untuk mencatat kemenangan.

Perlawanan tampak seimbang di awal permainan sebelum mata buat Sze Fei-Izzuddin tersekat di angka lapan.

Tampak seperti keletihan, peluang itu diambil sepenuhnya pasangan Thailand yang baru saja digandingkan itu untuk menjarakkan kedudukan dan menang.

Sze Fei-Izzuddin pada set kedua cuba mencipta kebangkitan tetapi kesilapan tidak sepatutnya menyaksikan mereka sekali lagi tersekat di angka lapan yang memberikan keyakinan kepada beregu Thailand untuk meraih kemenangan.

Dalam pada itu, beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mara ke pusingan kedua selepas menewaskan beregu England, Ethan Van Leeuwen-Chole Birch 21-7, 21-14 dalam masa 30 minit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini