comscore
Tumpuan :
Sukan

Lagu Negaraku dua kali berkumandang di Sepang

Azroy Hakeem Anuar

Oleh: Hasnida Hanim Ahmad Kamil

SEPANG: Pelumba negara, Azroy Hakeem Anuar dan Ahmad Fazrul Sham memastikan lagu Negaraku dua kali berkumandang di Litar Antarabangsa Sepang, SIC selepas muncul juara kelas masing-masing pada Perlumbaan 2 Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), hari ini.

Selepas sekadar menamatkan Perlumbaan 1 di tempat keempat, semalam, kejayaan Azroy turut memastikan gelaran SS600 kekal menjadi milik Malaysia mengikuti kemenangan rakan sepasukannya, Helmi Azman.

Manakala Ahmad Fazrul Sham yang beraksi bersama pasukan Cardinals Factory Racing turut cemerlang apabila menjuarai kelas UB150.

Ahmad Fazrul Sham

Sementara itu, impian untuk melihat kemenangan berjaya diraih pelumba negara dalam kelas elit ASB1000 tidak kesampaian dengan pelumba Jepun, Yuki Kunii merangkul kemenangan keduanya di Sepang.

Begitupun, kekecewaan sedikit terubat selepas pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah daripada pasukan JDT Racing Team menamatkan perlumbaan di tempat ketiga yang juga podium terakhir.

Tempat kedua kelas elit itu diraih pelumba Thailand, Nakarin Atiratphuvapat daripada pasukan Honda Asia-Dream Racing with Astemo.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini