VALENCIA: Real Madrid melonjak ke tangga teratas La Liga selepas menundukkan Valencia 2-1 awal pagi tadi.
Huro Duro meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-26, bagaimanapun Luka Modric menyamakan kedudukan buat pasukan kendalian Carlo Ancelotti itu.
Bagaimanapun Real Madrid terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Vinicius, dibuang padang kerana menumbuk leher penjaga gol Los Che, Stole Dimitrievski ketika permainan tinggal kurang 10 minit.
Madrid ketinggalan tetapi Bellingham berjaya menyumbat gol kemenangan pada minit ke-96 susulan kesilapan benteng pertahanan Valencia.
Kemenangan itu membolehkan Madrid melonjak dua mata di depan Atletico Madrid di puncak liga.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.