Tumpuan :
Sukan

Kuching City, Perak kongsi mata di Stadium Negeri

Antara aksi Kuching City dan Perak di Stadium Negeri. – FOTO: Perak Football Club/ Facebook

KUALA LUMPUR: Kuching City FC (KCFC) dan Perak FC terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata apabila terikat 1-1 pada aksi Liga Super di Stadium Negeri, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan Perak kekal menghuni tangga kelima Liga Super dengan 23 mata disusuli Kuching City di tangga keenam dengan 22 mata.

Pada aksi terbabit, pelawat tidak perlu menunggu lama untuk membuka jaringan apabila berjaya mendahului seawal minit ke-14 menerusi penyudah Firdaus Saiyadi.

Bersambung babak kedua, Kuching City yang lebih banyak mendominasi permainan hampir mendapatkan gol penyamaan tetapi tandukan Yuki Tanigawa sekadar terkena tiang pada minit ke-54.

Usaha keras Kuching City untuk memburu gol penyamaan akhirnya terbalas apabila tandukan Muhammad Ramadhan Saifullah Usman menewaskan Haziq Nadzli pada minit ke-71.

Selepas ini, Kuching City akan berkunjung ke Stadium Bandaraya untuk menentang Penang FC manakala Perak akan berdepan ujian sukar apabila dijadual bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini