Tumpuan :
Sukan

Kuching City kecewakan PDRM

Aksi antara pemain PDRM FC dan Kuching City pada saingan Liga Super hari ini. – Foto PDRM FC

KUALA LUMPUR: Kuching City berjaya mendaki dua anak tangga untuk berada di kedudukan kelima Liga Super selepas menewaskan PDRM FC 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, sebentar tadi.

Kuching City kendalian Aidil Sharin Sahak membuka tirai jaringan pada minit ke-15 selepas Petrus Shitembi tenang menyudahkan umpanan Ahmad Hazwan Bakri.

Jordan Mintah yang masuk menggantikan Kipre Tchetche kemudian meledak gol kedua skuad The Cats ketika perlawanan berbaki dua minit, sekali gus menutup peluang untuk PDRM sekurang-kurangnya bangkit meraih keputusan seri.

Keputusan itu membolehkan Kuching City mengumpul 21 mata selepas mengharungi 15 perlawanan.

PDRM yang sebelum ini berada di tangga kelima jatuh satu anak tangga dan kekal dengan 21 mata selepas beraksi 17 perlawanan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini