comscore
Tumpuan :
Sukan

Korea Selatan pecat Klinsmann

FOTO: Reuters

PETALING JAYA: Persekutuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) memutuskan untuk menamatkan khidmat jurulatih yang berasal dari Jerman itu susulan kegagalan skuad Taegeuk Warriors dalam saingan Piala Asia Qatar 2023 bulan lalu.

Bermakna pemecatannya hanya selepas setahun Klinsmann sebagai ketua jurulatih Korea Selatan.

Keputusan pemecatan itu turut dimaklumkan kepada Klinsmann menerusi panggilan telefon sebelum Presiden KFA, Chung Mong-gyu mengumumkan pemecatannya kepada media

“Terima kasih di atas semua sokongan anda yang membawa kami ke separuh akhir Piala Asia dan pengembaraan yang hebat dalam tempoh 12 bulan.

“Tanpa kalah 13 perlawanan berturut-turut! Teruskan berjuang,” kata Klinsmann menerusi hantaran di laman sosial X sebelum pemecatan seolah mendapat bayangan khidmatnya tidak panjang bersama Korea.

Klinsmann sememangnya dipersalahkan gagal menamatkan penantian 64 tahun Korea Selatan menjulang Piala Asia selepas tewas 0-2 kepada Jordan.

Susulan pemecatan itu KFA difahamkan perlu membayar pampasan berjumlah AS$5 juta (RM24 juta) kepada jurulatih berusia 59 tahun itu.

Kontrak asal Klinsmann bersama Korea Selatan sehingga berakhir Piala Dunia 2026.

Keputusan tersebut menyaksikan seorang jurulatih interim akan dilantik bagi membimbing Korea Selatan untuk dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 bulan hadapan.

Antara nama yang disebut-sebut bakal mengisi kerusi panas itu ialah legenda Korea Selatan, Hong Myung-bo dan Kim Ki-dong.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKER BERKAITAN

Loading...
Terkini