SHAH ALAM: Selangor FC memaklumkan bahawa pihaknya akan memastikan status kontrak Faisal Halim atau dikenali dengan panggilan Mickey bersama skuad Gergasi Merah itu hingga penghujung 2027 selamat dan terjamin.
Jaminan itu diberikan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar.
“Kontrak Mickey bersama pasukan hingga 2027. Sebagai kelab profesional, sudah menjadi tanggungjawab kami sebagai majikan untuk menjaga kebajikan semua pemain-pemain termasuk Mickey.
“Pihak kelab akan terus memberi sokongan kepada Mickey secara mental dan fizikal selain aspek kewangan sehingga dia dapat kembali beraksi semula.
“Dengan semangat yang dapat dipamerkan oleh Mickey, Insha-Allah dia akan kembali,” katanya, katanya dalam sidang media khas di Pusat Latihan Selangor FC, di sini, hari ini.
Sebelum ini, pemain berasal dari Pulau Pinang itu menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali bulan lalu menyebabkan dia mengalami kelecuran tahap empat.
Pemain kelahiran Mengkuang Titi, Pulau Pinang itu berada dalam keadaan kritikal selepas insiden itu dan terpaksa mengharungi empat pembedahan untuk merawat luka lecuran di sebuah hospital swasta di Shah Alam.
Kecederaan yang dialami Faisal yang juga tonggak Harimau Malaya menyebabkan dia terpaksa menjalani empat pembedahan sebelum dibenarkan keluar hospital.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Faisal makan sendiri seperti biasa, diet tinggi protein jadi keutamaan – Dr Hazwan
- Kes simbah asid Faisal Halim: Polis tahan lelaki warga tempatan bantu siasatan
- Keadaan lecur Faisal pada tahap empat – FAS
- ‘Solidariti buat Faisal Halim’ dilancar Selangor FC
- [VIDEO] Klip CCTV didakwa serangan asid terhadap Faisal Halim tular di media sosial
- Siasatan kes Faisal Halim merangkumi segala aspek – Ketua Polis Negara
- [VIDEO] Cap jari di lokasi Faisal Halim disimbah asid tiada dalam rekod JPN
- Proses pemulihan Faisal berjalan lancar