comscore
Tumpuan :
Sukan

Kontinjen Sarawak hadapi SUKMA 2024 hampir lengkap

KUCHING: Persiapan Kontinjen Sarawak bagi menghadapi Sukan Malaysia Sukma 2024 hampir lengkap dengan kebanyakan atlet bagi setiap sukan yang dipertandingkan sudah dikenal pasti. Bagaimanapun menurut Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah terdapat beberapa acara sukan yang bukan sukan kebiasaan di negeri itu masih memerlukan anjakan.

“Untuk kebanyakan sukan sudah pun lengkap namun masih ada yang perlukan anjakan seperti sukan air dan sukan lawan pedang. Sukan lawan pedang tidak popular di Sarawak tapi kita ada hantar atlet ke luar negara untuk menjalani latihan dan bagi pendedahan kepada mereka. Kita berharap mereka boleh menonjol ketika temasya Sukma nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Sarawak Hornbill Team Cup 2023 di sini hari ini.

Menurut Abdul Karim, penganjuran temasya itu merupakan platform terbaik untuk mengasah bakat baharu dalam sukan boling selain memberikan pendedahan sebenar akan suasana pertandingan kepada atlet pelapis. Ia sekali gus menjadi gelanggang untuk menilai tahap kemahiran dan prestasi skuad boling Sarawak berbanding skuad boling negeri lain yang akan turut serta dalam temasya Sukma 2024.

Sebanyak 22 pasukan bakal menyertai Sarawak Hornbill Team Cup 2023 bermula 3 hingga 9 Julai depan.

Antara yang akan mengambil bahagian termasuk pasukan dari Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang serta tuan rumah Sarawak.

Loading...
Terkini