Tumpuan :
Sukan

Komen negatif rosakkan keyakinan atlet – Chong Wei

Chong Wei gesa netizen hentikan komen negatif kepada atlet negara

KUALA LUMPUR: Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei meminta netizen agar berhenti melontarkan komen-komen negatif yang boleh merosakkan keyakinan atlet negara.

Menurut Chong Wei, komen-komen berbaur negatif itu turut boleh menjurus kepada kemusnahan perpaduan negara.
“Untuk penyokong-penyokong termasuk saya, mari kita teruskan sokongan. Jika mahu memberi komen, biarlah berpada-pada.

“Usah bersembunyi di sebalik profil tanpa nama untuk beri komen negatif yang akhirnya boleh merosakkan keyakinan atlet dan memusnahkan perpaduan negara,” katanya menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Hantaran jaguh berusia 41 tahun itu turut menyentuh semangat bersatu-padu yang dipamerkan rakyat Malaysia sepanjang Olimpik Paris 2024.

“Kepada para atlet, anda ialah wira dan wirawati. Terima kasih kerana memberi persembahan yang sangat baik dan mengharumkan nama Malaysia.

“Berusaha dari sekarang untuk Los Angeles 2028. Atlet, jurulatih serta badan-badan sukan harus menggunakan pengalaman di Paris untuk impian emas empat tahun lagi,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini