comscore
Tumpuan :
Sukan

‘Kini masa UM tanpa saya, saya tanpa UM’ – Lekir

Lekir umum tinggalkan Ultras Malaya selepas 17 tahun menjadi tulang belakang kelab penyokong itu.

KUALA LUMPUR: Selepas 17 tahun menjadi ketua kumpulan penyokong tegar skuad Harimau Malaya yang dikenali sebagai Ultras Malaya (UM), Lekir Ahmad hari ini mengumumkan pengundurannya.

Pengumuman pengundurannya dinyatakan menerusi Facebook dengan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak.

“Sampai sudah masa untuk saya memulangkan semula nama UM, sebuah gerakan anak bangsa yang saya tumpahkan seluruh jiwa raga selama ini hingga menjadi sinonim dengan diri.

“Menoktahkan langkah semasa komplot UM Jun lalu, meleraikan segala yang berkaitan dengan gerakan ini. Dengan 11 sub bersuara secara kolektif ke depan ini, UM terus menjadi paksi ke-12 Harimau Malaya.

“Kini masa untuk UM tanpa saya, saya tanpa UM. Apa saja yang berlaku sepanjang dari titik awal transformasi HarimauMalayadotCom (HMC) ke gerakan secara fizikal UM, saya mohon ampun dan maaf andai ada tersalah kata tersilap bicara tercanggung urus terjelek perbuatan.

“Segala pahit manis yang berlaku adalah asam garam naik turun sebuah gerakan,” katanya.

UM dianggap penyokong kuat skuad Harimau Malaya yang sering berada bersama pasukan sama ada ketika beraksi di halaman sendiri mahupun di luar negara.

Kehadiran UM diakui berjaya membangkitkan semangat dan motivasi pemain ketika beraksi, malah suasana stadium ‘hidup’ dengan nyanyian dan paluan gendang yang dicetuskan UM.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini