MELBOURNE: Madison Keys bangkit daripada kekalahan di set pertama untuk mengejutkan pemain nombor dua dunia, Iga Swiatek dan mara ke final Terbuka Australia menentang juara bertahan dua kali, Aryna Sabalenka.
Pemain pilihan ke-19 dari Amerika Syarikat itu menewaskan jaguh Poland berkenaan dengan keputusan 5-7, 6-1, 7-6 (10/8) di separuh akhir selepas Sabalenka mengetepikan Paula Badosa dalam satu lagi aksi empat terakhir.
Ia adalah final pertama Keys di Melbourne dan yang kedua dalam Grand Slam selepas beraksi lebih 2 jam 35 minit menentang Swiatek.
Ini adalah kali pertama aksi separuh akhir Terbuka Australia ditentukan oleh 10 mata tiebreak di set ketiga.
“Perlawanan ini di peringkat tertinggi dan dia bermain dengan sangat baik. Saya terpaksa berjuang untuk kekal bermain dan set ketiga satu pertarungan hebat.
“Dapat berdiri di sini dan melangkah ke final sangat menakjubkan dan saya sangat teruja untuk kembali ke sini pada Sabtu,” kata Keys – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.