comscore
Tumpuan :
Sukan

Kes simbah asid Faisal Halim, peguam dakwa tidak dimaklum perkembangan siasatan

SHAH ALAM: Peguam Selangor FC, Haijan Omar mendakwa anak guamnya tidak dimaklumkan mengenai perkembangan siasatan insiden simbahan asid, bulan lalu.

Haijan yang turut mewakili tonggak Harimau Malaya Faisal Halim memaklumkan selain daripada kenyataan umum polis, sehingga kini Selangor FC dan pemain itu tidak diberitahu perkembangan lanjut mengenai kes terbabit.

“Kami mempunyai keyakinan penuh polis sedang melakukan siasatan dengan terbaik dan tahap profesionalisme tinggi dengan akhir saya percaya boleh mengheret pelaku.

“Amat jelas dan kami percaya ia adalah sesuai untuk disiasat di bawah kesalahan jenayah serius Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK) kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata bahaya atau Seksyen 307 atas percubaan membunuh membunuh. Saya percaya Polis adalah lebih pakar dan tahu apa yang sesuai untuk kes ini,” katanya dalam sidang media khas di Pusat Latihan Selangor FC, di sini, hari ini.

Sebelum ini, pemain berasal dari Pulau Pinang itu menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali bulan lalu menyebabkan dia mengalami kelecuran tahap empat.

Dia berada dalam keadaan kritikal selepas insiden itu dan terpaksa mengharungi empat pembedahan untuk merawat luka lecuran di sebuah hospital swasta di Shah Alam.

Kecederaan yang dialami Faisal yang juga tonggak Harimau Malaya menyebabkan dia terpaksa menjalani empat pembedahan sebelum dibenarkan keluar hospital.

Selain itu, Haijan tidak akan berdiam diri apabila akan mewakili anak guamnya untuk mengetahui perkembangan terkini berkaitan siasatan kes simbahan asid itu.

“Dari semasa ke semasa kita akan sentiasa berhubung dengan pihak Polis untuk mengetahui perkembangan siasatan membabitkan kes itu,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini