comscore
Tumpuan :
Sukan

Kereta elektrik Appollen A1, hadiah Ikon Sukan Terbaik (AIS)

Oleh Izzatie Rizan

KUALA LUMPUR: Bahang kehangatan malam kemuncak Anugerah Ikon Sukan (AIS), Harian Metro (HM) semakin dirasai apabila 8 kategori utama yang akan bersaing untuk Anugerah Ikon Sukan Terbaik diumumkan siang tadi.

Menambahkan kehangatan pemenang trofi utama, bakal menerima hadiah utama kereta elektrik Appollen A1 yang bernilai RM136,000 dalam malam kemuncak AIS yang dijadualkan berlangsung awal tahun depan.

Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit berkata hadiah kereta elektrik yang baharu sahaja memasuki pasaran Malaysia itu pasti merancakkan lagi proses undian peringkat Top 5, yang akan berakhir pada 25 Disember ini.

“Bukan sebuah, tapi ada lagi sebuah kereta untuk pengundi paling kreatif yang mengundi melalui akhbar Harian Metro iaitu sebuah kereta elektrik jenama Appollen A2 bernilai RM112,000,” katanya kepada Buletin TV9 selepas pengumuman Pra-Kemuncak anugerah berkenaan yang berlangsung di ibu negara siang tadi.

Mengulas lanjut AIS merupakan acara anugerah yang julung kalinya dianjurkan Harian Metro untuk memberi pengiktirafan kepada atlet normal dan para serta penggiat-penggiat industri sukan atas kejayaan mereka di dalam negara dan juga antarabangsa.

Sebanyak lapan kategori utama akan iaitu Ikon Sukan Lelaki Gardenia Breakthru, Ikon Sukan Wanita Gardenia Breakthru; Ikon Sukan Paralimpik, Ikon Sukan Jurulatih, Ikon Sukan Persatuan/Kelab, Ikon Sukan Kepimpinan, Ikon Sukan Harapan, dan Ikon Sukan Pempengaruh.

Selain itu, pemenang keseluruhan yang meraih undian dan markah tertinggi akan dinobatkan dengan Anugerah Ikon Sukan Terbaik.

Harian Metro selaku penganjur AIS juga akan menyampaikan satu trofi khas iaitu Anugerah Ikon Sukan Lagenda bagi menghargai jasa dan sumbangan bekas atlet dalam pembangunan industri sukan tempatan.

Malam Kemuncak AIS akan disiarkan secara langsung di TV9 dan YouTube TV9 pada 8 Januari ini.

Majlis siang tadi disempurnakan Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria; Ketua Pegawai Operasi TV9, Sherina Mohamed Nordin dan Pengurus Pemasaran Gardenia Bakeries, Ena Suhaila Abas.

Loading...
Terkini