comscore
Tumpuan :
Sukan

Kerajaan Negeri Selangor lancar dana bayar denda dikenakan MFL 

PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Selangor bersetuju melancarkan usaha mengumpul dana bagi membayar denda dikenakan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) terhadap Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC).

Menurut Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan media hari ini, usaha itu digerakkan sebagai solidariti kepada pasukan Selangor FC yang dibebankan dengan keputusan MFL itu.

“Mengambil iktibar dan pedoman titah DYMM Sultan Selangor, saya telah berbincang dengan Exco Sukan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri bersetuju melancarkan usaha bersama yang memberikan peluang kepada semua pihak termasuk para peminat Merah Kuning bagi mengumpul dana untuk membayar denda yang dikenakan oleh MFL.

“Maklumat lanjut usaha ini akan dikongsikan dalam masa terdekat oleh pihak Majlis Sukan Negeri Selangor dan Exco Sukan Negeri.

“Bagi menggerakkan usaha solidariti ini, saya dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan turut menyumbang kepada usaha mengumpul dana dan membayar denda pada minggu hadapan sebagai komitmen untuk menegakkan keadilan bagi Selangor FC,” jelasnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini