comscore
Tumpuan :
Sukan

‘Kemurkaan’ Sultan Selangor dapat sokongan padu peminat bola sepak

Penyokong bola sepak Selangor FC antara watak penting yang mewarnai liga bola sepak tempatan. – Foto fail ihsan Selangor FB

KUALA LUMPUR: Rata-rata peminat bola sepak tanah air menyokong penuh titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menzahirkan rasa kecewa dan tidak puas hati hukuman yang dilihat keterlaluan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) terhadap Selangor FC.

Menerusi tinjauan komen-komen di sosial media mereka berdiri teguh terhadap apa yang menimpa Selangor FC yang dihukum keras MFL gara-gara menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih yang dijadual berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor 10 Mei lalu.

Seorang pengguna FB, Kamarul Kadir mahu pegawai-pegawai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan MFL berpindah segera dari ibu pejabat mereka yang terletak di Kelana Jaya, Selangor.

“FAM dan MFL mesti mengosongkan pejabat dan berpindah ke tempat lain,” katanya.

“Daulat Tuanku, Titah Sultan Selangor sememangnya tepat, Julang maruah Selangor bukan untuk dibuli”, kata seorang lagi penyokong Richard Nah Khai Huat.

Hafiz Baggio Hafiz pula mencadangkan Selangor FC beraksi di Liga Arab Saudi di mana bintang Brazil Neymar dan pemain sensasi Portugal Cristiano Ronaldo beraksi di sana.

“Sebelum itu tolong singkirkan Presiden FAM, Datuk Hamidin daripada negeri,” kata Hafiz.

Apa yang pasti komen-komen penyokong lain juga turut menyokong penuh titah Sultan Selangor terhadap hukuman melampau MFL terhadap Selangor FC.

Bukan sahaja dikenakan denda RM100,000, Selangor FC juga dipotong tiga mata liga dan akan bermain tanpa penyokong menentang JDT November nanti.

Penyokong juga mengalu-alukan perletakan exco FAM Datuk Seri Shahril Mokhtar yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berperanan sebagai penaung FAS dalam titah baginda turut menegaskan  tidak teragak-agak untuk menarik keluar pasukan Selangor daripada Liga Super untuk tempoh masa tertentu jika baginda peneraju kepimpinan FAS dan Selangor FC.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini